• REFLEKSI SAYA
  • TENTANG SAYA
  • TUGASAN SAYA
  • BLOG PENDIDIKAN
  • REFLEKSI PDK SELAYANG

VIDEO "GO CLEAN"

12/18/2014

3 Comments

 
Happy Sunday moning guys! Tidur lagi ke? Jom layan Kempen kiterang ni uolls. Kempen "Go Clean" ni adalah hasil titik peluh kami sekumpulan iaitu Suria, Farah, Jenny dan saya Iklil. Terima kasih kepada Jenny sebab kasi pinjam kamera. :)

Kempen Go Clean ini just nak bagi kesedaran kepada semua terutama pelajar UKM lah kan sebab aku tengok engkorang suka-suka je buang sampah merata kan. Sampai monyet kat sini pun lari tengok perangai korang. Kebersihan tu tanggung jawab kita semua, tiada terkecuali! Kalau keluar pergi pasar malam cuba korang stay sampai habis dalam pukul 10.30 malam camtu, tengok punya lah banyak sampah! 


Abang aku dulu pernah belajar kat Jepun dulu, dia kata orang Jepun sangat utamakan kebersihan. Dapur, tandas sentaisa bersih dan kering. Teknologi diorang pun sangat canggih juga! Apa-apa pun, semuanya bermula pada diri kita iaitu SIKAP. Gayakan hidup bersih dan buang samapah di dalam tong sampah ye.. Kesian dekat haiwan-haiwan mati sebab tercekik bag plastik, botol, tin dll. :(
3 Comments
 

Refleksi ke 5, Minggu ke-12

12/5/2014

3 Comments

 
Picture
Alhamdulillah padahari ini, Dr Fariza begitu baik hati menunjukkan kepada kami tugasan senior yang lepas iaitu Cover Buku dan penulisan ilmiah. Jadi kami secara tidak langsung telah mendapat gambaran dan idea bagi tugasan kami (hehehehe). Alhamdulillah hasil idea saya, saya telah berjalan seluruh UKM bagi menangkap gambar untuk cover buku saya yang bertajuk "EAT, PRAY, LOVE". 


Tajuk ini berkaitan dengan kehidupan saya di UKM. Di UKM saya menghabiskan umur saya hampir 4 tahun dan disini saya memperoleh kawan baru dari pelbagai latar belakang, dan pelbagai pengalaman yang telah saya peroleh. 
Gambar yang saya telah tangkap saya telah tunjuk kepada Dr Fariza dan beliau berpuas hati atas hasil usaha saya. (Tak sia-sia berjemur tengah panas ambil gambar).

Seterusnya, pada hari saya juga telah membuka pelbagai akaun antaranya.....
CBOX dan ACADEMIA

Cbox ni untuk buka akaun chit chat yang macam kat sebelah kanan blog saya ni ------>

Terima kasih Dr sudi balas comment saya.. hihi

Seterusnya Academia ini adalah salah satu website bagi berkongsi penulisan ilmiah. Kita boleh berkongsi dengan rakan Academia dari seluruh negara. Sangat menarik! Kata Dr Academia ini tidak seperti Facebook, melalaikan! hehehhe..



Jom daftar ACADEMIA, JOM! Percuma je...



Picture
3 Comments
 

Refleksi 4, Minggu ke-10

11/21/2014

3 Comments

 
Picture
Assalamualaikum dan hai semua! Hari ini Dr. Fariza mengajar kami TEKNIK menangkap gambar dengan betul. Sememangnya saya sangat teruja! Jarang sekali saya dapat pegang kamera canggih. Kami berpeluang berjalan sekitar kawasan kelas dan menangkap gambar keadaan sekeliling. Kami diajar teknik menangkap gambar yang betul, "angle" yang baik untuk menangkap gambar. 

Kini saya telah mendapat ilmu baru mengenai jenis-jenis kamera dan jenis-jenis lensa.
I LOVE NIKON much better than any else :D

Seterusnya, dalam menangkap gambar juga ada ETIKA nya, antaranya jangan susahkan objek, perlu meminta kebenaran orang yang ingin di ambil gambar dan gambar yang ditangkap tidak menjatuhkan maruah orang itu. 



Gambar di bawah adalah jenis-jenis lensa:

Picture
Jenis-jenis lensa
3 Comments
 

Good Morning, Love...

11/12/2014

1 Comment

 
Hai! Harini saya keluar tangkap gambar bunga depan rumah saya... lepas tu ada "edit2" sikit. hihi... 
Ini kata-kata semangat untuk rasa MOTIVATE di pagi hari!

"Don`t start your day with broken pieces of yesterday,
Every morning we wake up is the is the first day of the rest of our life"

Much love, Iklil kmz
Picture
1 Comment
 

Refleksi 3, Minggu ke-8

11/7/2014

4 Comments

 
Picture
Entri pada hari ini saya ingin bercerita mengenai pengalaman saya dalam mengkendalikan blog Weebly ini. Secara jujurnya, ini adalah kali pertama saya menggunakan dan mengaplikasikan blog Weebly. Hal ini kerana, sebelum ini saya menggunakan Blogspot dan saya tidak beberapa gemar menggunakan Wordpress kerana cara mengendalikannya sangat mengelirukan sehingga saya tidak tahu mencari butang "Log Out". 

Setelah beberapa kali saya "Log In" dalam Weebly ini, ternyata Weebly ini lebih senang digunakan berbanding Blogspot. Hal ini kerana saya boleh membuat "New Post" dan menambah apa-apa jenis "Editor" yang saya mahu kan iaitu di sebelah kiri saya. Saya hanya tekan dan tarik masuk ke dalam blog Weebly saya.

Jadi tugasan bagi minggu ke-8 ini adalah membuat nota ringkas mengenai subjek piliha. Memandangkan saya adalah seorang pelajar berlatar belakangkan Sains sejak sekolah rendah, jadi saya telah memilih subjek Sistem Suria. Hal ini kerana, benda-benda yang terdapat di dalam alam semesta sukar dilihat dengan mata kasar dan hanya boleh dilihat  dengan penggunaan teknologi yang canggih. Jadi saya telah membuat nota ringkas mengenai 6 ahli sistem suria bagi pelajar Tahun 4.

Ini adalah gambaran awal bagi Subjek Sains (Sistem Suria)


Picture
Ini adalah pautan bagi slide Sistem Suria :) Happy Learning.. http://www.slideshare.net/hamisahardi/mengenali-planetplanet-dalam-sistem-suria
4 Comments
 

REFLEKSI 2, MINGGU KE-5

10/10/2014

5 Comments

 
PictureModel Reka Bentuk ASSURE
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat Dr. Fariza dan rakan-rakan yang saya sayangi, pada minggu ke-5 ini kami telah mempelajari topik reka bentuk media dan bahan pengajaran iaitu penilaian keperluan atau dikenali sebagai "Needs assessment", analisis matlamat atau "goal analysis" dan analisis pelajar serta konteks iaitu "learner and context analysis"

Pada minggu ini kami telah mempelajari mengenai reka bentuk, pembangunan dan penilaian media pengajaran. Selain itu, kami telah mengenalpasti tajuk bahan bantu mengajar sam ada elektronik atau bukan elektronik.

1) Aplikasi pengajaran
2) Lawatan
3) Bahan paparan
4) Bahan percuma dan murah
5) Bahan bercetak

Disini saya ingin mengulangi kembali (refresh) apa yang telah saya belajar ketika di dalam kuliah Teknologi Pendidikan pada minggu ke-3 yang dikuliahkan oleh Dr. Fariza, iaitu:

Model reka bentuk pengajaran Assure:

Model yang dibangunkan oleh Heinich dan rakan-rakannya (1982) bertujuan untuk menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan media.


Model Assure mengandungi 6 langkah:
  1.  A : Analyse learner (analisis pelajar)
  2.  S : State objective (nyatakan objektif)
  3.  S : Select method, media & materials (pilih kaedah, media dan bahan)
  4.  U : Utilise media & materials ( gunakan media dan bahan)
  5.  R : Require learner participation (dorong penglibatan pelajar)
  6.  E : Evaluate and revise (nilai dan semak)

Model reka bentuk pengajaran berdasarkan model ADDIE

  1. A: Analyse 
  2. D: Design
  3. D: Develop
  4. I: Implement
  5. E: Evaluate



Picture
5 Comments
 

VIDEO MUKADIMAH TEKNOLOGI PENDIDIKAN

10/10/2014

5 Comments

 
Assalamualaikum dan salam sejahtera, sebelum kita mempelajari ilmu teknologi pendidikan, JOM tonton dulu video ni dulu, JOM!!! :)

Oleh- Paul Hamilton
5 Comments
 

Welcome To My Weebly

9/28/2014

2 Comments

 
Picture
2 Comments
 

REFLEKSI 1, MINGGU KE-3

9/26/2014

4 Comments

 
Assalamualaikum wbt dan salam perpaduan, nama diberi Iklil Binti Kamarul Zaman (A143870) dari bidang Pendidikan Khas tahun 2. Pada semester ini kami diwajibkan untuk mengambil subjek Teknologi Pendidikan dalam kursus GGGE2153. Antara pensyarah yang terlibat adalah Major Jasmy Bin Abdul Rahman, Dr. Fariza Binti Khalid dan En, Mohd Yusuf Bin Daud. Kuliah kami bagi subjek ini pada hari jumaat jam 11-12 tengah hari di DK43.102 DTAMS, manakala kelas tutorial yang saya pilih adalah pada hari jumaat jam 3-5 petang dan pensyarahnya adalah Dr Fariza.
Pada perjumpaan kami kali pertama, seperti biasa kami dikehendaki memperkenalkan diri masing-masing. Seterusnya, Dr menerangkan tugasan-tugasan yang perlu dilakukan sepanjang semester ini. Terdapat 2 buah tugasan iaitu tugasan individu dan tugasan dalam kumpulan.

TUGASAN INDIVIDU (40%):
1) Membuka akaun Weebly bagi tugasan membuat refleksi
2) Model ABM 3D
3) Membuat kulit buku

TUGASAN KUMPULAN (30%):
1) Esei (20 jurnal) - Penggunaan Youtube dalam pendidikan.
2) Video (5minit)

Kesemua tugasan ini perlu dilakukan dan disiapkan sebelum peperiksaan akhir bermula.

4 Comments
 
    Picture

    Archives

    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014

    Author

    I love nature and I hope I will go all around the world one day to explore this BEAUTIFUL EARTH.

    JOM CHIT CHAT SINI :D

    RSS Feed

    MY FRIEND`S BLOG
    ANIS AQILAH KAMAL
    ROZIE ADENAN
    SITI NUR WAHIDA ROSLI
    NUR AMANINA BTE MOHD KHAIRUDDIN
    AIDA AFANDI
    NUUR THAQIFAH MOHD TAHIR 
    NORAFIZA BINTI AZIZAN
    NURSYAZWANI MAHADI
    AMALINA MOHD HASHIM
    NURUL IZATUL AFZAN ARIFFAM
    MUHAMAD SAUFI BIN ABUZAKI
    NURUL HAFIZAH SABTU
    JENNY KALAIARASI A/P KALAUCHAN
    NORSUZAWANI SUDIN
    IKLIL KAMARUL ZAMAN 
    SITI NORSALIHAH ZULKARNAIN
    AL-MUHDI BIN SAWAL
    NURUL FARAH SUZANA MOHAMAD AZAMAN
    NOR SURIA RUSTIY HATIEKAL RUSLAN 
    MUHSIN ABLLAH


Powered by Create your own unique website with customizable templates.