Assalamualaikum wbt dan salam perpaduan, nama diberi Iklil Binti Kamarul Zaman (A143870) dari bidang Pendidikan Khas tahun 2. Pada semester ini kami diwajibkan untuk mengambil subjek Teknologi Pendidikan dalam kursus GGGE2153. Antara pensyarah yang terlibat adalah Major Jasmy Bin Abdul Rahman, Dr. Fariza Binti Khalid dan En, Mohd Yusuf Bin Daud. Kuliah kami bagi subjek ini pada hari jumaat jam 11-12 tengah hari di DK43.102 DTAMS, manakala kelas tutorial yang saya pilih adalah pada hari jumaat jam 3-5 petang dan pensyarahnya adalah Dr Fariza.
Pada perjumpaan kami kali pertama, seperti biasa kami dikehendaki memperkenalkan diri masing-masing. Seterusnya, Dr menerangkan tugasan-tugasan yang perlu dilakukan sepanjang semester ini. Terdapat 2 buah tugasan iaitu tugasan individu dan tugasan dalam kumpulan. TUGASAN INDIVIDU (40%): 1) Membuka akaun Weebly bagi tugasan membuat refleksi 2) Model ABM 3D 3) Membuat kulit buku TUGASAN KUMPULAN (30%): 1) Esei (20 jurnal) - Penggunaan Youtube dalam pendidikan. 2) Video (5minit) Kesemua tugasan ini perlu dilakukan dan disiapkan sebelum peperiksaan akhir bermula. |